Hari ni dah masuk syawal yang ke-7. Semalam dah mula kerja… tapi ya ampun… malas bangat… maklumlah cuti lama… Awal pagi tu semangat lah lagi…. then bila nak masuk petang, mulalah bosan tak ingat…
Teringat Syawal yang pertama dah ‘bantai’ lemang dengan ketupat.. so a few hour selepas tu apa lagi… terus ‘flet’ kata dalam bilik… mungkin dah berumur kot… hihi…
Kadang-kadang tertanya dalam hati… kenapa hari raya saja mesti ada lemang, ketupat, rendang… hari lain tak boleh ka? Tapi hakikatnya waktu raya lah makan paling best semua-semua tu… hari biasa kalau makan, macam tak dak apa saja…
Permainan bunga api/mercun pulak asal dari mana? Kenapa waktu raya saja mesti main bunga api/mercun? huhu… banyak persoalan nih…
Apapun Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri… Jagalah berat badan anda! hihi..


